KUALA LUMPUR: MyPower Corp sedang mengkaji untuk melakukan pembaharuan struktur tarif elektrik, dan hasil kajian itu dijangka menentukan struktur tarif sewajarnya yang menggambarkan kos sebenar bekalan elektrik, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata struktur tarif baharu itu dijangka dilaksanakan menjelang 2025, seiring dengan tempoh kawal selia keempat (RP4) Peraturan Berasaskan Insentif (IBR), yang meliputi tahun 2025 hingga 2027.
Menurut Fadillah desentralisasi sektor penjanaan kuasa telah dilakukan sejak 1990-an, sehubungan itu pindaan kawal selia mengenai perkara ini tidak sewajarnya berlaku.
"Pelaksanaan pembaharuan struktur tarif elektrik tidak memerlukan pindaan terhadap Akta Bekalan Elektrik memandangkan pelaksanaannya dilakukan oleh kementerian (Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam) melalui Pejabat Program Malaysia untuk Pembaharuan Tenaga Elektrik atau MyPower," katanya kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini.
MyPower adalah agensi tujuan khas yang ditubuhkan untuk menguruskan pembaharuan utama dalam inisiatif Industri Bekalan Elektrik Malaysia (MESI) yang sejajar dengan program transformasi ekonomi kerajaan.
Agenda transformasi MESI berhasrat untuk menangani isu industri dan keperluan jangka panjang mengenai kebolehpercayaan, ketelusan, kecekapan dan kemampanan operasi dan penyampaian tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia.
Berhubung pindaan terhadap Akta Bekalan Elektrik 1990, Fadillah berkata perkara itu masih di peringkat awal memandangkan kementerian dan Suruhanjaya Tenaga akan menganjurkan bengkel dan sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan.
Beliau berkata, meskipun industri bekalan elektrik Malaysia sering kali dilihat sebagai berpusat, dengan kebanyakannya melibatkan perusahaan milik negara atau bersekutu, hakikatnya, segmen penjanaan kuasa di Semenanjung Malaysia dan Sabah telah mengalami liberalisasi sejak 1990-an.
Fadillah berkata entiti seperti Tenaga Nasional Bhd atau Sabah Electricity Sdn Bhd tidak beroperasi sebagai pengeluar tenaga eksklusif.
"Setakat ini, kira-kira 2,500 pengeluar tenaga konvensional dan tenaga boleh baharu berada di Malaysia. Landskap kepelbagaian ini mencerminkan sektor penjanaan kuasa yang lebih pelbagai dan berdaya saing berbanding struktur berpusat yang biasa dilihat," katanya.
Pertimbang impak kepada rakyat
Sementara itu, Fadillah berkata kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan lebih banyak inisiatif bagi meningkatkan ketelusan operasi grid nasional, termasuk pengasingan sepenuhnya pembeli tunggal dan pengendali sistem grid daripada syarikat utiliti.
Selain itu, beliau berkata kerajaan perlu membincangkan pendekatan paling sesuai untuk melakukan pembaharuan terhadap industri bekalan elektrik dengan mempertimbangkan impak positif dan negatif kepada pengguna.
"Di peringkat global, terdapat pelbagai mekanisme dilaksanakan oleh negara berbeza untuk menguruskan industri bekalan elektrik. Bagaimanapun, setiap (mekanisme) mempunyai kelebihan dan kelemahan," katanya.
Menurut Fadillah, dengan mengambil kira tahap pembangunan industri pengeluaran tenaga di Malaysia, sebarang potensi pembaharuan mengenai pengurusan bekalan elektrik perlu diberikan keutamaan lebih tinggi bagi memastikan tarif elektrik yang mampu milik kepada rakyat.
Beliau berkata pembaharuan di pasaran terbuka boleh merendahkan tarif elektrik kepada pengguna dengan meningkatkan persaingan dan kecekapan sektor elektrik, tetapi pembaharuan ini juga boleh mendedahkan pengguna kepada turun naik harga dan ketidaktentuan memandangkan harga akan bergantung kepada bekalan dan permintaan pasaran.
"Cabaran terbesar bagi liberalisasi pasaran elektrik adalah mengimbangkan matlamat bersaing dari segi keselamatan, kemampuan dan kemampanan bekalan elektrik.
"Sehubungan itu, apa-apa pertimbangan untuk melakukan pembaharuan kepada industri bekalan elektrik atau liberalisasi industri elektrik perlu mengambil kira impak ekonomi dan sosial kepada pengguna, terutamanya golongan berpendapatan rendah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 01 2024
Fadillah berkata struktur tarif baharu itu dijangka dilaksanakan menjelang 2025, seiring dengan tempoh kawal selia keempat (RP4) Peraturan Berasaskan Insentif (IBR), yang meliputi tahun 2025 hingga 2027.- Gambar fail/Bernama
Guru dituntut kelola sesi pengajaran ikut suasana pembelajaran masa kini
Guru dituntut untuk mengelola sesi pengajaran mengikut kesesuaian pelajar dalam suasana pembelajaran kini yang mementingkan kepantasan dan ketepatan.
HMA 2024: Kisah banduan pertama di Malaysia jadi tarikan reruai Muzium Penjara
Sejarah kewujudan penjara moden dan kisah dua banduan pertama di Malaysia antara tarikan di reruai Muzium Penjara Malaysia sempena Festival Hari Muzium Antarabangsa (HMA) 2024.
Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia perkenalkan projek "ASEAN Drive Tourism"
Kerajaan Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia untuk merangsang sektor pelancongan kedua-dua negara dengan memperkenalkan "Projek ASEAN Drive Tourism."
Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga - Abang
Abdul Salam berkata, adiknya memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis dan mereka sekeluarga memberikan sokongan terhadap perkara itu.
Scheffler sifatkan penahanannya "huru-hara" dan "salah faham"
Ini kenyataan pemain golf nombor satu dunia susulan penahanannya pada pagi Jumaat di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis apabila dia tidak mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
MyPower Corp kaji pembaharuan tarif elektrik - Fadillah
MyPower Corp sedang mengkaji untuk melakukan pembaharuan struktur tarif elektrik.